LAMAN WEB RASMI MYPERMIS.ORG

25 03 2009

Assalamualaikum dan salam perjuangan!
Alhamdulillah tanggal 23 MAC 2009, PERMIS telah pun membeli tapak web yang baru. InsyaAllah pada 4 APRIL 2009 akan dilancarkan perasmian web MYPERMIS.ORG.

Nantikan kehadirannya..





HUTANG NILAM PURI PERLU TINDAKAN SEGERA!

13 03 2009

KAMI PERLUKAN TINDAKAN SEGERA DARI PIHAK ANDA!!!

Makluman kepada semua mahasiswa/i Sarjana Muda Pendidikan Islam lepasan Pengajian Islam Nilam Puri bermula dari sesi 2002 hingga 2009 yang masih mempunyai hutang tertunggak, anda semua diminta untuk menyerahkan salinan (fotostat) surat tuntutan bayaran hutang kepada wakil bagi setiap batch.

SMPI Batch 2005/2006

  • Ghai Azra
  • Halida Untong

SMPI Batch 2006/2007

  • Zainal Abidin
  • Nazalia Kiprawi

SMPI Batch 2007/2008

  • Zulfadhli Al Fahmi
  • Siti Nazirah Arshad

SMPI Batch 2008/2009

  • Mohd Kharizul Packir Mohammad
  • Irdawani

Namun bagi sesiapa yang TIDAK memperolehi surat dari pihak pentadbiran, sila semak nama anda, pada ZULFADHLI AL FAHMI – 0196582308 dengan segera!

Wakil bagi setiap Batch akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama Yayasan Sarawak untuk menyelesaikan isu ini.

Dalam tinjauan umum didapati setiap mahasiswa/i yang “berhutang” dikehendaki membayar seperti jumlah berikut;

  1. YURAN PENGAJIAN = RM510
  2. YURAN ASRAMA = RM584

JUMLAH = RM1904

Hubungi wakil setiap Batch untuk makluman lanjut.

-YDP PERMIS-





ROADSHOW PERMIS

11 03 2009

ROADSHOW PERMIS

ROADSHOW PERMIS

PERHATIAN!!!

KEPADA SEMUA MAHASISWA/MAHASISWI ISLAM SARAWAK, ROADSHOW PERMIS AKAN DI ADAKAN BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA BAGI MEMBINCANGKAN ISU DAN HEBAHAN TERKINI.

BUTIRAN ROADSHOW SEPERTI BERIKUT;

  • 13 MAC 2009
  • JUMAAT
  • 5.00 PETANG – 7.00 PETANG
  • BS31 – AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNI MALAYA

ISU DAN HEBAHAN

  1. HUTANG NILAM PURI
  2. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
  3. AKADEMIK DAN KEBAJIKAN
  4. KRITIKAN KEPADA KEPIMPINAN
  5. CADANGAN DAN HARAPAN


PESANAN PENTING!!!

SETIAP MAHASISWA/MAHASISWI ISLAM SARAWAK YANG MENERIMA SURAT TUNTUTAN LANGSAIKAN HUTANG NILAM PURI, SILA BAWA SALINAN FOTOSTAT PADA PERJUMPAAN BERKENAAN. BERTINDAK SEGERA!!!





SOAL JAWAB – Dakwah Pentingkan Golongan Sasaran

10 03 2009
Fulltime Daie

Fulltime Muslim

ALLAH SWT menegaskan dalam firmanNya; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang Berjaya (Ali Imran : 104)

Apakah definisi Dakwah dalam Islam?

Secara mudahnya ulama menyimpulkan dakwah sebagai usaha membawa manusia ke jalan Allah.Usaha ini dijalankan supaya umat Islam menjadi umat paling mulia, terkuat, termaju dan terbaik.

Dalam perspektif lain, dakwah adalah usaha untuk menarik kumpulan sasar kepada kebaikan Islam agar selaras dengan status Islam iaitu agama paling mulia.

Satu aspek penting dalam dakwah ialah ia menyepadukan kepentingan dunia dan akhirat. Contohnya, jika berniaga ia membangunkan ekonomi diri dan juga negara manakala bagi akhirat ia menyediakan pahala yang banyak. Read the rest of this entry »





Ukiran Kata Di Bibir Yang Indah

10 03 2009

MasysAllah

MasyaAllah

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;*

“Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia” (Surah AlBaqarah : 83)

Mengenai ungkapan atau perkataan yang baik ini, ada ungkapan atau perkataan yang mengatakan : “Diam adalah emas, berbicara adalah perak”

Maksud dari peribahasa tersebut, ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Justeru itu, daripada berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja dan dengan demikian, harga diamnya itu laksana emas.

Mengingat peri pentingnya perkara yang berkenaan dengan perkataan itu dalam mengatur hubungan antara sesama manusia, maka Islam sebagai satu-satunya agama yang sentiasa memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan supaya umat Islam memelihara lisannya.

Baik di dalam AlQuran mahupun Hadith, tidak sedikit terdapat petunjuk-petunjuk yang dapat memberikan peringatan kepada kita supaya selalu melafazkan perkataan yang baik, yang mendatangkan faedah dan kentungan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Berbicaralah terhadap mereka dengan perkaaan yang baik” (Surah AnNisa’ : 5)

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar” (Surah AlAhzab : 70)

Sesungguhnya perkataan-perkataan yang baik itu tidak terbatas terhadap teman dan sahabat sahaja, tetapi juga terhadap lawan dan orang-orang yang membangkan sekalipun.

Sebagai contoh, ketika berhadapan dengan Fir’aun, Allah S.W.T. memerintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun supaya berbicara dengan baik kepadanya. Sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Berbicaralah kamu berdua (Musa dan Harun) kepadanya (Fir’aun) dengan kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat (sedar) dan takut”

Dalam Hadith pula dinyatakan, betapa pentingnya fungsi lidah seseorang itu, dalam hubungannya dengan kemurnian Iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

“Tidak akan tegak lurus iman seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak dapat lurus, sebelum lidahnya jujur (terpelihara)” (Hadith Riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang mafhumnya;

“Berbahagialah orang yang mengamalkan ilmunya, yang menafkahkan sebahagian harta bendanya dan yang dapat mengendalikan perkataan yang berlebihan” (Hadith Riwayat Thabrani)

Ulama’ serta pemimpin-pemimpin Islam dari zaman ke zaman sentiasa memperlihatkan contoh supaya kita memelihara ucapan-ucapan dalam segala bidang kehidupan dan meninggalkan kata-kata mutiara yang berkenaan dengan perkara tersebut, untuk dapat dijadikan pedoman. Sebagaimana Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan:

“Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya”

Dalam mutiara kata yang lain pula ada disebutkan : “Kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata peliharalah lidah”

Demikianlah bunyi dari kata-kata mutiara tersebut, walaupun kata-kata itu telah lama kita dengar, tetapi ianya tetap berguna sepanjang masa.

Kalau dilihat sepintas lalu, apalah ertinya lidah? Ia hanya sekadar daging kecil yang ada dalam mulut manusia yang sempurna. Sebab kalau tanpa lidah, seseorang manusia itu akan kekurangan dan manusia yang tanpa lidah, bertukar nama menjadi manusia bisu atau manusia yang tidak dapat berbicara.

Dengan lidah pula orang dapat menikmati makanan yang lazat, oleh kerana itu, lidah adalah merupakan nikmat dari Allah S.W.T. yang sangat besar ertinya dalam kehidupan manusia. Lidahlah yang menciptakan segala bahasa. Lidahlah yang memberikan suara semua fikiran dan cita. Lidahlah yang memberikan keindahan terhadap lagu dan irama. Lidahlah yang dapat membuat hati yang rindu menjadi mesra dan lidah pulalah yang dapat memberikan nasihat sehingga hati yang bergelora menjadi tenang.

Sebaliknya lidah pulalah yang dapa membalikkan kata-kata, dari lidah pula keluar kata-kata berbisa dan dari lidahlah juga menyebabkan terkeluarnya sya’ir yang mengatakan “Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak dicari kalau lidah menusuk hati”

Oleh kerana itu, berhati-hatilah dengan lidah, sebab dengan lidah dapat menimbulkan bencana dan fitnah, lidah juga dapat membuat orang yang bersaudara menjadi porak peranda dan lidah pula yang dapat membuatkan orang yang bersatu menjadi pecah.

Segala puji hanya bagiMu Allah. Sungguh kami sedar akan bencana lidah. Kami memohon supaya dijauhkan dari hasad dan ghibah yang terbit dari lidah. Tuntunlah kami agar menggunakan lidah pada haqnya. Ameen. Wallahu’alam.

* Ayat AlQuran tidak dimasukkan. Hanya mafhum dan pengertian sahaja untuk menjaga kesuciannya. Ya Allah, redhakanlah ‘ilmuku.

Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid AsSarawaqi

E-mail: zulfadhli.alfahmi@gmail.com

”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya” (Surah Al Baqarah (2): 207)








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.